NIOSH kaji semula program OGSP Petronas - Utusan Malaysia

NIOSH kaji semula program OGSP Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan mengkaji semula program Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP) Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi memenuhi keperluan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengubahsuai dan memperbaiki modul OGSP bagi memastikan ia mengambil kira teknologi, peralatan dan jentera terkini dan bagaimana menangani bahaya dan risiko berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kajian semula ini tepat pada masanya melihat kepada kemajuan pesat Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di PIC.

“Semasa lawatan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan NIOSH ke Rapid baru-baru ini, kami dapat melihat perkembangan pesat di kawasan yang kini menjadi pusat pelbagai aktiviti berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lam Thye, NIOSH dan Petronas juga merancang untuk memperkenalkan kursus Pemanduan Berhemah untuk Jentera Berat dan Latihan Keselamatan Asas pada tahun ini untuk membantu mencapai kemalangan sifar melibatkan kenderaan berat di PIC.

“NIOSH mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Petronas dan telah menganjurkan pelbagai program latihan keselamatan dan kesihatan (KKP) untuk syarikat petroleum negara itu seperti OGSP dan Pasport Keselamatan untuk Peruncit Petronas (PRHP).

“Dilaporkan PIC sedang bersedia untuk memulakan operasi Rapid secara rasmi tahun ini dan unit penyulingan minyak mentahnya dijangka siap untuk operasi komersial menjelang suku keempat tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini