Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan - Utusan Malaysia

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu depan, menjejaki kadar asas pasaran tunai yang positif.

Peniaga berkata, petunjuk pasaran FBM KLCI dijangka diniagakan meningkat berikutan sentimen terhadap aset yang berisiko terus naik dengan perkembangan luaran yang positif.

Indeks utama dijangka menguji paras sokongan dan halangan, masing-masing pada 1,640 dan 1,650 pada minggu depan, katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, Jun 2019 merosot 8.0 mata kepada 1,636, Julai 2019 dan September 2019, masing-masing susut 6.0 mata kepada 1,637 dan 1,632 manakala Disember 2019 berkurangan 7.5 mata kepada 1,628.5.

Jumlah dagangan naik kepada 30,174 lot daripada 18,367 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 31,504 kontrak daripada 32,983 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 5.11 mata kepada 1,638.63 semasa ditutup pada Jumaat berbanding 1,649.33 dicatatkan pada minggu sebelumnya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini