MADRID – Sebuah laporan di Sepanyol mendakwa, Neymar mahu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas dua musim bersama kelab itu dan berhasrat untuk kembali bersama Barcelona. Penyerang Brazil itu menandatangani kontrak lima tahun semasa menyertai PSG dengan nilai 200 juta pound (RM1.06 bilion) pada 2017 namun sedang bergelut dengan kecederaan dan prestasi. Mundo Deportivo mendakwa, dia kini berada di landasan terbaik untuk kembali ke Camp Nou bagi bergandingan semula dengan Lionel…









