PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) percaya bintang pasukan itu, Neymar akan pulih dalam tempoh empat minggu selepas mengalami kecederaan buku lali semasa beraksi bersama Brazil. Neymar diketepikan daripada aksi Copa America akibat kecederaan yang dialami sewaktu menewaskan Qatar 2-0 dalam aksi persahabatan di Brasilia. Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan padang dalam keadaan menangis menuju ke bilik persalinan sebelum pihak Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) mengesahkan penggempur PSG itu tidak akan beraksi dalam Copa America yang bermula Jumaat ini. PSG mengesahkan bahawa Neymar tidak memerlukan sebarang pembedahan bagi kecederaan itu. “Dr.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya