KUALA LUMPUR 1 Jun – Perlawanan persahabatan Kelas A menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil esok akan digunakan Tan Cheng Hoe untuk membina skuad yang hebat menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 berhadapan Timor Leste, dalam bulan ini. Ketua jurulatih negara berusia 51 tahun itu berkata, beliau tidak memikirkan sangat keputusan perlawanan kerana memberi tumpuan untuk mendapatkan kombinasi terbaik ketika berhadapan Timor Leste dalam perlawanan…










