BESUT – Tindakan pantas seorang nenek menyelamatkan empat cucunya termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kebakaran yang memusnahkan rumah didiami mereka di Kampung Amer di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, Siti Minah Bakar, 58, berjaya membawa keempat-empat cucunya yang berusia dalam lingkungan enam bulan hingga lapan tahun menyelamatkan diri daripada kediaman mereka yang sedang marak terbakar. Dia berkata, kebakaran disedarinya yang baru selesai menunaikan…










