SEREMBAN 2 Jun – Negeri Sembilan Antlers yang layak buat kali pertama dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL), musim ini, menyasarkan kedudukan tiga terbaik dalam kejohanan yang bermula, September ini. Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, pasukan itu akan membuat persiapan rapi berdepan kejohanan itu termasuk menjalani latihan selama dua minggu di Nakhom Pathom, Thailand, Ogos nanti. Katanya, mereka akan turut menggunakan tekong import,…










