SHAH ALAM 28 Jun – Kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman November tahun lalu meruntun hati segenap lapisan masyarakat, tetapi kini selepas enam bulan arwah meninggal, ada ‘tangan jahat’ cuba membuat onar. Ini selepas mural Muhammad Adib yang dilukis di bahagian bawah jalan bertingkat di Seksyen 15, sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan nyawa anggota bomba tersebut diconteng dengan cat hitam, malam semalam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Seorang pengguna Facebook, Sujita Soorian, yang memuat naik mural Muhammad Adib dalam keadaan berconteng itu berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya