KUALA TERENGGANU – Keriangan sebuah keluarga dari Johor menyambut Aidilfitri di kampung asal mereka di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian di Taman Rekreasi Lagun Kuala Ibai pagi ini. Mangsa, Muhammad Aidil Muhammad Razali, 9, dipercayai terjatuh selepas tebing tepi lagun yang dipijaknya tiba-tiba runtuh sebelum dihanyutkan arus. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi sewaktu mangsa sedang bermain-main dengan enam adik beradiknya di situ sambil…










