KUALA LUMPUR – Bank-bank di Malaysia telah mengekalkan mudah tunai yang mencukupi bagi menyokong aktiviti pengantaraan dan memenuhi keperluan mendesak, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam Laporan Sorotan Bulanan Mei 2019 yang dikeluarkan hari ini, bank pusat itu berkata, nisbah perlindungan mudah tunai (LCR) sistem perbankan berada pada 155.2 peratus pada Mei lepas berbanding April berikutan penempatan yang lebih rendah di BNM. “Profil pendanaan bank juga kekal stabil. Nisbah pinjaman…










