MPSepang anjur pertandingan tandas bersih - Utusan Malaysia

MPSepang anjur pertandingan tandas bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Sepang(MPSepang) menganjurkan pertandingan tandas bersih sempena Tahun Melawat Sepang 2020.

–

MPSepang dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan itu terbuka kepada semua premis dan sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu masjid dan surau, stesen minyak serta kedai makan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hadiah wang tunai ditawarkan sebanyak RM1,000 kepada pemenang tempat pertama diikuti tempat kedua (RM700) manakala tempat ketiga (RM500).

“Borang penyertaan perlu dihantar ke Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang sebelum 25 Julai ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi www.mpsepang.gov.my. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini