MPAJ baiki longkang rosak di Bukit Antarabangsa - Utusan Malaysia

MPAJ baiki longkang rosak di Bukit Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan melakukan baik pulih kerosakan longkang di beberapa premis sekitar Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa pada hari Isnin ini.

MPAJ dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan membaiki kerosakan selepas tinjauan dan lawatan tapak Jabatan Kejuruteraan MPAJ di kawasan itu, semalam.

“Kami telah mengadakan lawatan di seluruh premis sekitar Jalan Wangsa 11 dan mendapati ia mengalami kerosakan yang teruk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, longkang yang mengalami kerosakan akan dibaiki pada Isnin atau Selasa ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini