Mohd. Khalil dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman - Utusan Malaysia

Mohd. Khalil dilantik Pengarah JSJN Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa pada 15 Julai ini.

Pelantikan tersebut diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pukul 10.30 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut berkuat kuasa pada 15 Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Polis Johor, beliau adalah Setiausaha PDRM Bukit Aman.

Mohd. Khalil mengambil alih tugas itu daripada Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. pada Ogos 2017 yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Wan Ahmad Najmuddin memegang jawatan Ketua Polis Johor sejak 1 Disember 2015.

Jawatan Pengarah JSJN sebelum ini dipegang oleh Datuk Seri Mohmad Salleh yang bersara wajib pada April lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini