Mohamed Azmin perlu beri kenyataan - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin perlu beri kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mencadangkan supaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung klip video seks yang tular bagi mengelakkan imej kerajaan dan menteri semakin tercalar.

Dalam masa yang sama, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai turut mempersoalkan tindakan polis menahan individu yang mengaku dalam video itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tetapi masih lagi tidak mengambil keterangan Mohamed Azmin.

Sambil menegaskan Gerakan tidak mahu masuk campur atau pun ‘mengajar’ pihak polis melakukan kerjanya, namun Dominic mahu pihak berkuasa supaya bertindak bijak apatah lagi Lokman Noor yang tidak terlibat secara langsung dalam isu ini telah ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gerakan berpendirian tegas menyalahkan sesiapa yang menggunakan taktik kotor seperti ini untuk menyerang seteru politik mereka.

DOMINIC LAU HOE CHAI
DOMINIC LAU HOE CHAI 

“Kami juga menyatakan kekesalan bahawa Mohamed Azmin dan keluarganya terpaksa menghadapi tekanan berhubung insiden ini. Saya berharap segala keraguan akan dapat diselesaikan apabila perkara sebenar diketahui dan sesiapa di belakang tabir yang terlibat ditahan segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selepas digemparkan dengan penularan video rakaman dua lelaki berbogel sedang intim di atas katil, Haziq Abdullah tampil membuat pengakuan dia merupakan lelaki dalam aksi seks itu bersama seseorang yang didakwa mirip Mohamed Azmin, Rabu lalu.

Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video out dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.

Haziq Abdullah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang dekat sini semalam, dikatakan bercadang untuk ke Manila, Filipina dan akan disiasat pihak polis atas empat kesalahan.

Dalam pada itu, Dominic turut menggesa orang ramai supaya menolak budaya politik kotor dan menghentikan penyebaran video berkenaan supaya budaya berpolitik yang sihat dan baik dapat dikembalikan di negara ini.

“Persaingan antara parti politik pemerintah dengan pembangkang sepatutnya dibandingkan dengan prestasi polisi, konsep atau perkhidmatan yang diberi kepada rakyat, bukannya menggunakan video seks bagi menewaskan musuh politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini