KUALA LUMPUR 28 Jun – Syarikat pengeluar kelengkapan kejuruteraan, MMIS Berhad (MMIS) memberi tumpuan untuk menambah kapasiti pengeluarannya bagi mengekalkan daya saing syarikat itu dalam industri semikonduktor. Ketua Kewangan Korporat MMIS, Dr. Jeffrey Chin Fook Kheong berkata, pertambahan kuantiti dapat dicapai menerusi peningkatan ruang lantai pengeluaran dengan membesarkan dan membina kilang baharu. Katanya, kapasiti pengeluaran sedia ada adalah kira-kira 73 peratus manakala ruang lantai pengeluaran telah digunakan sepenuhnya. “Cadangan membangunkan…










