Messi raih pendapatan tertinggi - Forbes - Utusan Malaysia

Messi raih pendapatan tertinggi – Forbes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Lionel Messi diumumkan sebagai atlet berpendapatan paling tinggi mengatasi seteru tradisinya, Cristiano Ronaldo.

Bintang Argentina dan Barcelona itu meraih pendapatan 99.8 juta pound (RM527.78 juta) tahun lalu menurut laporan Forbes.

Ronaldo berada di kedudukan kedua dengan 85.6 juta pound (RM452.68 juta) manakala Neymar di kedudukan ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba meraih 25.9 juta pound (RM136.97 juta) manakala Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Mohamed Salah berada dalam kelompok 10 teratas.

Pendapatan mereka dikira berdasarkan hadiah kemenangan, gaji serta penajaan produk di antara Jun 2018 hingga Jun 2019.

Canelo Alvarez dan Roger Federer melengkapkan kedudukan lima teratas mengatasi Russell Wilson dan Aaron Rodgers.

Baki kedudukan 10 teratas menjadi milik LeBron James, Stephen Curry dan Kevin Durant manakala Lewis Hamilton dan Anthony Joshua berkongsi kedudukan ke-13 dengan 43.2 juta pound (RM228.46 juta).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini