ORANG Asli suku kaum Batek tidak ramai. Dilaporkan hanya sekitar 1,800 orang di seluruh negara. Berdasarkan data Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (Inspek), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terdapat 504 orang daripada suku kaum tersebut tinggal di kawasan Taman Negara Kuala Koh serta Aring, Gua Musang. Menurut kajian institut itu, golongan ini mengamalkan gaya hidup semi nomad. Ada kediaman kekal tetapi akan masuk ke hutan bersama keluarga dalam tempoh tiga sehingga enam bulan untuk mencari hasil hutan seperti rotan, buluh dan herba. Lazimnya mereka akan kembali semula ke ‘kampung halaman’ masing-masing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya