ANGIN petang pada hari minggu cukup menyamankan. Farhan tidak bekerja. Dia sekadar menghabiskan masa lapangnya dengan membantu dan menemani emak dan ayah di rumah. Usai solat Asar, Farhan hanya duduk di hujung katil. Kekusutan yang dirasainya masih bersarang dalam kepala. Bola matanya merenung ke luar jendela tanpa sebarang rasa, melihat kesaujanaan pohon yang kehijauan, mendengar kicauan burung-burung dan merasai sapaan lembut bayu yang menyegarkan. Nafas dihela panjang. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan…










