KUALA LUMPUR – Hasrat Melaka United untuk mencipta kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian apabila seri 3-3 menentang Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Davy Angan sebelum Milunovic mengukukan kedudukan pada minit ke-30. Penyerang dari Ivory Coast, Angan meledak gol kedua peribadi seminit selepas rehat.
Pemain tengah dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov meledak hatrik sekali gus membantu Terengganu untuk mencuri satu mata berharga.
Sementara itu di Stadium Shah Alam menyaksikan Selangor terpaksa menunggu di saat akhir permainan sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur.
Skuad Red Giants membuka tirai jaringan pada minit ke-36 menerusi percubaan Ifedaya sebelum Guilherme de Paula menyempurnakan penalti pada minit ke-59.
Bagaimanapun, Sandro da Silva menjaringkan gol kemenangan selepas menyempurnakan penalti pada minit terakhir permainan. – UTUSAN ONLINE











