Mcllroy tidak mahu sia-siakan aksi pusingan akhir - Utusan Malaysia

Mcllroy tidak mahu sia-siakan aksi pusingan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA – Rory McIlroy akui dia perlu mempamerkan aksi lebih baik ketika saingan pusingan terakhir Terbuka Amerika Syarikat di Pantai Pebble pada esok.

Pemain dari Ireland Utara itu menamatkan aksi pusingan ketiga dengan catatan satu di bawah par untuk enam di bawah par keseluruhan 207 pukulan.

Catatan tersebut membolehkan Mcllroy berada di tangga keenam dengan perbezaan lima pukulan daripada pendahulu, Gary Woodland.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Esok saya perlu memanfaatkan segala peluang dengan sebaiknya kerana saya percaya mampu melakukan lebih baik lagi.

“Apa yang anda perlu lakukan di saingan pusingan akhir nanti adalah memastikan semua bola berada di atas fairways.

“Pada hari ini saya dapat rasakan permainan saya tidak begitu baik dan jika saya bermain dengan bagus sudah tentu dapat mengurangkan jurang dengan pendahulu yang telah melakukan bogey,” kata Mcllroy. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini