MBPJ tawar perkhidmatan percuma sempena ulang tahun ke-13 - Utusan Malaysia

MBPJ tawar perkhidmatan percuma sempena ulang tahun ke-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelbagai perkhidmatan percuma disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya kali ke-13 yang diadakan pada Khamis ini.

MBPJ dalam kenyataannya berkata, sambutan itu di beberapa lokasi itu adalah sebagai menghargai penglibatan masyarakat setempat yang selama ini menyokong dasar-dasar dan memberi idea-idea penambah baikan pembangunan bandar raya Petaling Jaya.

Antara yang akan disediakan dalam kempen Perkhidmatan Percuma itu adalah kemudahan gelanggang sukan, kolam renang dan padang bola yang boleh ditempah untuk satu sesi selama dua jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, pihak berkuasa tempatan itu juga akan mengagihkan 1,000 anak pokok secara percuma di Tapak Semaian Kelana Jaya, di Lorong SS 7/17k, (berhampiran dengan Stadium MBPJ).

Orang ramai juga berpeluang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya di Jalan Selangor, Petaling Jaya yang diberikan kepada 300 pendafataran terawal.

Bagi memeriahkan lagi sambutan hari yang sama, MBPJ turut menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Petaling Jaya bertempat di Stadium Petaling Jaya, SSS7/15, Kelana Jaya bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Selain itu turut diadakan kempen pengurangan kompaun selama sebulan yang telah bermula pada 1 Jun 2019 hingga 30 Jun 2019.

“MBPJ sememangnya komited dalam memberi yang terbaik kepada penduduk dan pihak Majlis mengharapkan penglibatan masyarakat berbilang bangsa dari golongan muda, veteran, dan Orang Kelainan Upaya (OKU) agar dapat merasai keunikan, pengalaman dan kemudahan yang ada pada program dan aktiviti yang dianjurkan,’’ katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini