‘Mbappe sentiasa mahukan lebih’ - Utusan Malaysia

‘Mbappe sentiasa mahukan lebih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kylian Mbappe sentiasa mahukan lebih, kata pertahanan Real Madrid Raphael Varane berhubung spekulasi penyerang tersebut ingin berhijrah ke Santiago Bernabeu.

Varane memberi maklum balas terhadap khabar angin yang melanda rakan sepasukannya di Perancis itu selepas pemain berusia 20 tahun tersebut memberi petanda ingin memulakan projek baharu tanpa melibatkan Paris Saint-Germain (PSG).

Mbappe memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Ligue 1 dan menamatkan kempen sebagai penjaring terbanyak dengan 33 gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu bercakap tentang potensi Kylian ke Real Madrid, sebaliknya saya mahu fokus kepada Perancis. Saya tidak bercakap kepada Kylian secara terus. Kami memberi fokus kepada persiapan kami untuk perlawanan esok dan akan datang.

“Jadi saya tidak mahu bercakap tentang potensi perpindahannya. Kylian sangat penting buat Perancis. Kami juga banyak meletakkan harapan kepadanya.

“Ketika dalam karier, kita perlu mengorak langkah untuk sentiasa berkembang, ia semula jadi. Kylian sentiasa belajar dan mara ke hadapan, di mana dia melangkah dengan pantas. Ia sesuatu yang bagus.

“Dia mempunyai keyakinan yang tinggi, ia bagus. Dia sentiasa mahukan lebih. Perkara ini datang secara semula jadi dalam karier.

“Daripada pengalaman saya, saya tahu kita mahu ia semakin berkembang, musim demi musim. Ia tidak mudah tetapi ia sesuatu yang bagus dan di Perancis, dia sentiasa berkeyakinan,” kata Varane.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini