Mayat wanita disaluti plaster siling dibuang di tepi jalan - Utusan Malaysia

Mayat wanita disaluti plaster siling dibuang di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh kekasihnya sebelum mayatnya yang dibungkus dengan kanvas serta disalut dengan plaster siling dibuang di dalam kotak dan ditinggalkan di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah di sini.

KOTAK yang digunakan untuk membuang mayat seorang wanita di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Setia Indah, Johor Bahru. – UTUSAN ONLINE

Mayat mangsa ditemukan pada pukul 6.30 petang semalam di dalam sebuah kotak serta sudah berbau busuk, hasil soal siasat polis ke atas teman lelaki wanita itu yang merupakan seorang pembuat gigi palsu yang ditahan polis sebelum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Motif kejadian itu dipercayai disebabkan cemburu buta.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, penemuan mayat wanita berusia 33 tahun itu merungkai kes Orang Hilang yang dilaporkan pada 7 Jun lalu.

Menurutnya, pasukan Siasatan Khas D9, Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor menahan dua lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan berkaitan kes Orang Hilang yang dilapor keluar rumah di Taman Sri Putri, Skudai, pada 28 Mei dan gagal dihubungi oleh pihak keluarga mulai 29 Mei lalu.

“Hasil soal siasat terhadap kedua-dua tangkapan itu mendedahkan penglibatan mereka di dalam pembunuhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, salah seorang lelaki terbabit merupakan kekasih mangsa dan dia membawa polis ke lokasi mayat wanita tersebut dibuang selain hasil soal siasat turut mendedahkan wanita itu dipukul dengan tangan dan paip getah sehingga menyebabkannya rebah ketika mahu ke bilik air untuk mandi.

Tambahnya, lelaki terbabit kemudian meminta bantuan rakannya berusia 32 tahun dan bekerja sebagai kerani untuk membuang mayat berkenaan di tepi jalan di tempat mangsa ditemukan

Mohd. Kamarudin berkata, kedua-dua lelaki terbabit yang memiliki rekod jenayah dan dadah kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh hubungi talian hot line Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat ASP S. Shanker di talian 019-2704622. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini