Mayat pemandu jentera berat ditemui dalam parit - Utusan Malaysia

Mayat pemandu jentera berat ditemui dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Misteri kehilangan pemandu jentera berat di sebuah ladang kelapa sawit di Bestari Jaya di sini hampir 40 jam terjawab selepas mayatnya ditemui hari ini.

Mayat Tee Chau Hou, 61, ditemukan pukul 9.15 pagi lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap di dalam parit air yang digunakan untuk kerja-kerja meracun.

Jurucakap Balai bomba dan penyelamat Kuala Selangor berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang pukul 6 petang kelmarin semasa menjalankan kerja mengorek parit di ladang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat lelaki ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bomba di ladang tersebut.

“Bomba kemudiannya mengeluarkan mayat tersebut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini