Mayat pemancing dibaham buaya ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat pemancing dibaham buaya ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Mayat lelaki yang dipercayai dibaham buaya di Ladang Tabin Hap Seng, Jalan Temenggung, Lahad Datu, kelmarin ditemukan hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah dalam kenyataannya berkata, mayat Rudy Gessa, 44, ditemukan pada pukul 12.25 tengah hari iaitu kira-kira dua kilometer dari kawasan mangsa dikatakan memancing.

“Mangsa ditemukan Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu yang diketuai Julkifli Harry serta empat anggotanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kelmarin, lelaki warga Indonesian dilaporkan hilang selepas keluar memancing di tepi sungai berhampiran lokasi kejadian pada pukul 4 petang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini