SUNGAI PETANI – Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan mati dengan kesan akibat dipukul objek keras di tepi jalan di Batu 37, Jalan Bukit Selambau-Jeniang di sini, hari ini. Mayat mangsa yang dipercayai berusia 30-an itu ditemukan oleh seorang wanita semasa melalui jalan tersebut kira-kira pukul 7 pagi. Wanita tersebut kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan di ladang kelapa sawit di situ sebelum melaporkannya kepada polis. Ketua Polis Daerah…










