TUARAN – Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui terapung di Kuala Sungai Tamparuli, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintenden Mohd. Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut daripada orang awam pada pukul 10 pagi. “Mayat yang lengkap berpakaian dan masih memakai topi kaledar itu ditemui terapung di sungai berkenaan berhampiran Kampung Bantayan disyaki sudah meninggal dunia sehari sebelum penemuan. “Punca kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya