LONDON 8 Jun – Pencalonan pemimpin baharu Parti Konservatif bermula Isnin ini selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May meletak jawatan sebagai ketua parti itu, semalam. Lapor Mail Online, sekurang-kurangnya 11 calon secara terbuka menyatakan hasrat mereka merebut kerusi May di Downing Street. Namun setiap calon itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya lapan ahli Parlimen untuk melayakkan diri. May dirakam sempat tersenyum ketika kenderaan membawa beliau meninggalkan Downing Street dipercayai sebagai kelegaan kepada…










