Maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga - Utusan Malaysia

Maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang wanita warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak di sini, semalam. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, Sarimah Dalam, 58, dipercayai memetik buah itu dari pokoknya menggunakan alat menjolok diperbuat daripada logam kira-kira pukul 10 pagi. “Tanpa disedari mangsa, sewaktu mengambil mangga alat itu tersangkut pada wayar elektrik di kawasan berkenaan. “Mangsa yang terkena renjatan elektrik kemudian rebah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tambah Nasri, mangsa yang ditemui keluarganya terbaring kemudian…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN