SEKIRANYA anda berkunjung ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, Pasir Mas di Kelantan yang dianggap sebagai antara ‘syurga’ beli-belah di negara ini, anda pasti akan terpesona dengan panorama kehijauan sawah padi di kiri dan kanan jalannya. Mata pasti tertancap pada sebuah binaan berwarna merah berbumbung melengkung seperti bangunan Cina purba. Bangunan tersebut adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau turut digelar Masjid Beijing. Disebabkan keunikan serta…