BACHOK – Majlis Jalinan Mahabbah Aidilfitri yang merupakan program tahunan anjuran Masjid al- Abrar, Pauh Sembilan, dekat sini, menyerlahkan fungsi masjid yang mampu menyatukan penduduk di kawasan itu. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan ahli khariah masjid yang menyempurnakan puasa enam Syawal tahun ini dan hampir 1,000 penduduk setempat menghadirinya kali ini. Imam Tua masjid itu, Yuzakky Mohd. Yusoff berkata, program tradisi dianjurkan pada setiap tahun ini berjaya memupuk semangat anak mukim bersatu hati sebagai sebuah keluarga besar al-Abrar. “Kami akan terus mempelbagaikan aktiviti di Masjid al-Abrar sesuai dengan slogan kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya