Marquez takluk Grand Prix Catalunya - Utusan Malaysia

Marquez takluk Grand Prix Catalunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTMELO, Sepanyol – Juara dunia, Marc Marquez melebarkan kedudukan pendahulu keseluruhan MotoGP selepas menjuarai Grand Prix Motosikal Catalunya di sini, hari ini.

Ini adalah kemenangan pertama buat penunggang Honda yang juga juara dunia lima kali itu di Litar Montmelo sejak 2014 selepas dia memanfaatkan kemalangan yang menimpa beberapa pencabar utama di awal perlumbaan.

Kemalangan yang berlaku di awal saingan menyebabkan rakan sepasukan Marquez, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso dari pasukan Yahama terpaksa melupakan perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lorenzo yang mendahului saingan selepas bermula dari petak ke-10 terjatuh di Selekoh 10 ketika cuba memintas Maverick Vinales.

Nasib malang yang menimpa pelumba utama membolehkan penunggang Yamaha, France Fabio Quartararo mengambil kesempatan dengan menamatkan saingan di tangga kedua manakala Danilo Petrucci dari Ducati di tempat ketiga.

Sementara itu penunggang negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang menunggang KTM antara yang gagal menamatkan perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini