SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk bunga orkid, pokok renek berbunga dan tanaman hiasan air dari negara Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di sini pada 23 Mei lalu. Maqis dalam satu kenyataan berkata, rampasan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu mendapati tanaman hiasan tersebut dibawa masuk tanpa sebarang dokumen sah seperti Import Permit (IP) daripada Maqis dan…










