PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 56 kotak ikan tuna (bonito) seberat 840 kilogram (kg) dengan anggaran nilai keseluruhan adalah sebanyak RM5,040 di laluan eksport Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor tanpa mempunyai sebarang dokumen sah. MAQIS dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan kelmarin mendapati pemandu lori yang membawa konsainan tersebut tidak mempunyai permit eksport (EP) yang dikeluarkan oleh MAQIS dan borang Ikrar…










