Malaysian Tigress tutup kempen di tangga ketiga - Utusan Malaysia

Malaysian Tigress tutup kempen di tangga ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita FIH di tempat ketiga selepas menewaskan Republik Czech 3-0 di Kelab Hoki Banbridge, Ireland, pada Ahad.

Dalam perlawanan playoff tempat ketiga dan keempat, penyerang Hanis Nadiah Onn meletakkan Malaysia di hadapan menerusi jaringan padang pada minit ke-11, sebelum Fazilla Sylvester Silin menggandakan jaringan pada minit ke-34 ke atas Republik Czech yang menduduki ranking ke-19 dunia.

Malaysia yang di kedudukan ke-22 dunia, mendapat gol ketiga setelah Nur Amirah Shakirah Zulkifli menerima hantaran Nor Faizah Sayuti dan melepasi penjaga gawang Barbora Cechakova sebelum memukul bola menerjah jaring pada minit ke-60.

Memuatkan artikel berkaitan…

Impian skuad wanita Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama, tidak kesampaian selepas pasukan bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah tewas 0-3 kepada pasukan nombor 11 dunia, Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Republik Czech pula tersingkir selepas tumpas 0-4 kepada pasukan No. 8 dunia, Ireland dalam satu lagi separuh akhir.

Hanya pasukan yang mara ke final iaitu Ireland dan Korea Selatan melangkah ke pusingan kelayakan terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Oktober dan November tahun ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini