KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dharmaraj Abdullah bersedia melepaskan sebahagian pemain skuad Malaysian Tigress yang mendapat tawaran untuk beraksi dalam beberapa liga di benua Eropah. Beliau bagaimanapun menegaskan pemain berkenaan hanya dibenarkan beraksi dalam liga kompetitif seperti di England, Jerman, Sepanyol dan Belgium bagi memastikan mereka dapat mencapai prestasi terbaik sekiranya dipanggil untuk tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan. Misalnya, katanya, penjaga gol, Farah Ayuni Yahya…










