Mahmood Abbas jemput Tun M kunjungi Palestin - Utusan Malaysia

Mahmood Abbas jemput Tun M kunjungi Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas secara rasmi menjemput Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkunjung ke negara bergolak itu sebagai tanda solidariti.

Jemputan itu disampaikan oleh wakilnya iaitu Ketua Hakim Palestin, Dr. Mahmoud Sidqi Al-Habbash yang membuat kunjungan rasmi selama empat hari ke negara ini bermula Rabu lalu.

Mahmoud berkata, jemputan yang sama juga diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tujuan kunjungan saya adalah untuk menyatakan jemputan Mahmoud Abbas supaya Dr. Mahathir ke Palestin untuk menyatakan sokongan terhadap isu-isu Palestin.

“Mujahid sendiri sudah nyatakan persetujuan terhadap undangan ini dan sedang merangka lawatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kedutaan Besar Palestin ke Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini