KUALA LUMPUR 27 Jun – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini kembali beroperasi sepenuhnya hari ini sejak pukul 6 pagi tadi. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan, loji berkenaan kembali beroperasi selepas mengalami masalah henti tugas semalam. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan terjejas akibat masalah tersebut dijangka pulih sepenuhnya menjelang petang esok dan awal pagi 29 Jun 2019. Menurut kenyataan itu, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di…










