Liu Ying dahagakan gelaran Terbuka Australia 2019 - Utusan Malaysia

Liu Ying dahagakan gelaran Terbuka Australia 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS merangkul gelaran di Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand awal bulan lalu, pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying terus memasang impian untuk meraih lebih banyak kejuaraan pada kejohanan akan datang.

Sasaran seterusnya buat pemain ber­usia 30 tahun itu sudah pasti pada Terbuka Australia yang akan bermula esok hingga Ahad depan kerana kejohanan tersebut turut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tahun depan.

Liu Ying yang bergandingan bersama Chan Peng Soon menegaskan, biarpun hanya berstatus Jelajah Dunia Super 300, namun kejohanan di Australia itu tidak boleh dipandang mudah kerana ia turut menampilkan penyertaan pemain-pemain terbaik dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, kami akan sertai Terbuka Australia nanti, tetapi ia bukanlah satu kejohanan yang mudah kerana tarafnya sudah hampir sama dengan Super 500 dan 750. Ramai pemain ternama turut menyertainya kerana sekarang sudah berada dalam tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik.

“Sudah tentu kami akan tampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu nanti kerana ia mampu mencerahkan laluan kami ke Tokyo. Sekiranya ada tuah, memang kami mahu memenangi kejohanan itu bagi menaikkan semangat serta keyakinan kami,” kata Liu Ying kepada Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Melaka itu juga me­ngakui laluan mereka di Sydney nanti agak sukar kerana perlu berdepan beregu Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti di peringkat suku akhir selepas menewaskan mereka di pentas final Terbuka New Zealand baru-baru ini.

“Sebelum fikir jauh, kami perlu sedar kami akan bertemu Praveen-Melati di suku akhir. Jadi kami perlu fikirkan cara untuk melepasi mereka terlebih dahulu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini