TANJONG KARANG – Hasrat lima sekeluarga keluar beraya tidak sempat apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid 1, Kampung Sungai Yu, di sini, hari ini. Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, seorang daripada mereka berusia 33 tahun melecur pada muka dan tangan selepas cuba memadamkan kebakaran itu. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Selangor, Tengku Muhammad Iqbal Tengku Abu Bakar berkata, seramai 16 anggota…










