MADRID – Mahkamah Agung Sepanyol memutuskan lima lelaki terlibat dengan kes serangan seksual keji bersalah bagi rogol berkumpulan. Ia menolak keputusan terdahulu yang menjatuhkan hukuman kesalahan penganiayaan seksual yang lebih rendah. Kelima defendan dipenjarakan 15 tahun yang mengubah dua keputusan mahkamah sebelum ini. – AFP










