Lima ditahan terlibat judi awam, online tanpa lesen - Utusan Malaysia

Lima ditahan terlibat judi awam, online tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS – Seramai lima individu masing-masing tiga lelaki dan dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini semalam kerana terlibat dalam kes judi loteri awam dan judi online tanpa lesen.

Kesemua mereka yang berusia antara 31 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Dadu Khas oleh sepasukan anggota ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) antara pukul 1 petang hingga 7.30 malam semalam.

Menurut Ketua Polis SPU, Noorzainy Mohd. Noor, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua buah telefon bimbit memaparkan laman web tambah nilai judi online serta nombor telefon pelanggan yang membuat bayaran untuk pertaruhan judi online.

Memuatkan artikel berkaitan…
ANTARA barangan yang dirampas polis Seberang Perai Utara (SPU) dalam Op Dadu Khas
ANTARA barangan yang dirampas polis Seberang Perai Utara (SPU) dalam Op Dadu Khas daripada individu yang menjalankan aktiviti judi awam dan judi online haram dalam serbuan di beberapa kawasan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. – UTUSAN ONLINE

Katanya, turut dirampas dua buah pencetak bersama slip yang terdapat catatan dan angka-angka, dua keping kertas putih bercetak angka-angka, tiga keping slip kertas yang terdapat catitan angka-angka, kalkulator dan sejumlah wang tunai.

“Kesemua barangan rampasan dihantar ke pakar judi yang dilantik untuk tujuan analisa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan siasatan lanjut masih berjalan ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini