Liga Super: Kedah, Pahang seri tanpa jaringan - Utusan Malaysia

Liga Super: Kedah, Pahang seri tanpa jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Misi Kedah untuk memburu mata penuh di laman sendiri gagal apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, skuad Hijau Kuning dilihat membuat beberapa serangan di kubu lawan tetapi gagal memperoleh sebarang jaringan.

Keadaan sama turut berlaku kepada skuad Tok Gajah yang gagal menyumbangkan sebarang gol buat pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan yang dihadiri lebih 11,000 penyokong.

Kedah bermain tanpa tiga tonggak utama iaitu Jonathan Bauman, Rizal Ghazali dan Azmeer Yusof kerana penggantungan kad kuning. – K!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini