KUALA SELANGOR – Seekor lembu jantan yang terperangkap dalam longkang lebih 15 jam berjaya diselamatkan dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya, di sini, semalam. Lembu seberat 300 kilogram (kg) itu diselamatkan pukul 1.59 petang di dalam longkang sedalam 1.2 meter. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.29 petang. Katanya, operasi turut dibantu tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya