TEMERLOH 1 Jun – Penggunaan pokok periuk secara besar-besaran untuk memasak lemangmenjadi antara faktor penyumbang kepada kepupusan tumbuhan eksotik itu di negara ini. Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) negeri, Noor Jehan Abu Bakar berkata, meskipun perubahan cuaca menjadi faktor utama, tindakan mengambil periuk kera untuk memasak lemang mempercepatkan kepupusan tumbuhan berbentuk seperti karung itu. “Periuk kera ini bukan seperti manusia atau haiwan apabila cuaca panas boleh bergerak ke tempat…