Lemang 'original' masih jadi pilihan - Utusan Malaysia

Lemang ‘original’ masih jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA Syawal masih lagi diraikan menu utama tentunya lemang ‘original’ akan mendapat tempat terutamanya pada hujung minggu.

Esok hari hujung minggu sudah tentunya banyak di antara kita menerima jemputan rumah- rumah terbuka yang kebanyakannya hidangan ‘utama’ adalah lemang.

MUHAMAD FAIQ MAT NOH,37, menghidupkan api sebelum proses pembakaran lemang bermula di Taman Sri Nan
MUHAMAD FAIQ MAT NOH,37, menghidupkan api sebelum proses pembakaran lemang bermula  di Taman Sri Nanding Hulu Langat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

Bagi peniaga lemang Ramli Hashim, 50, tempahan menu tersebut menjelang hujung minggu terlalu banyak sehinggakan dia terpaksa bersengkang mata demi melaksanakan permintaan pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…
BEBERAPA pekerja bertungkus- lumus menyiapkan tempahan lemang di Taman Sri Nanding Hulu Langat di si
BEBERAPA pekerja bertungkus- lumus menyiapkan tempahan lemang di Taman Sri Nanding Hulu Langat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

“Saya sudah hampir lima tahun meniaga lemang ini selepas menamatkan khidmat sebagai pemandu lori.

“Biarpun menu lemang ini nampak bermusim tetapi jika aturan dan cara pengendaliannya baik sudah tentu ia tetap menjadi pilihan orang ramai. Ada ketikanya kami membakar sehingga tengah malam ketika ditemui Utusan Online di Hulu Langat lewat petang tadi.

MUHAMAD FAIQ MAT NOH ,37, menyusun buluh lemang sebelum proses pembakaran bermula di Taman Sri Nand
MUHAMAD FAIQ MAT NOH ,37, menyusun buluh lemang sebelum proses pembakaran bermula  di Taman Sri Nanding Hulu Langat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

Ramli turut menyatakan dia telah berjaya menghasilkan hampir 800 batang sehari iaitu tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru- baru ini.

MUHAMAD FAIQ MAT NOH, 37, dibantu rakan sekerja mengukur saiz buluh lemang sebelum proses pembakaran
MUHAMAD FAIQ MAT NOH, 37, dibantu rakan sekerja mengukur saiz buluh lemang sebelum proses pembakaran bermula  di Taman Sri Nanding Hulu Langat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

“Tiga hari sebelum sambutan Hari Raya saya dibantu rakan- rakan dapat menyiapkan tempahan lemang yang ditempah cuma selepas Hari Raya ini saya kekalkan sebanyak 250 batang sehari untuk jualan harian, jelasnya lagi.

LEMANG yang siap dibakar diasingkan mengikut tempahan pelanggan di Taman Sri Nanding Hulu Langat di
LEMANG yang siap dibakar diasingkan mengikut tempahan pelanggan di Taman Sri Nanding Hulu Langat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

Ramli yang dibantu beberapa orang pekerja yang terdiri daripada anak- anak muda membakar lemang sehingga lewat tengah malam sekiranya tempahan berganda terutamanya menjelang hujung minggu.

SUASANA trafik sibuk dengan kenderaan berikutan orang ramai mula berkunjung program rumah- rumah ter
SUASANA trafik sibuk dengan kenderaan berikutan orang ramai mula berkunjung program rumah- rumah terbuka di jalan Hulu Langat- Ampang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE / AZLAN HADI ABU BAKAR

Sebatang lemang dijual bermula RM 10 sehingga RM 18 sebatang mengikut saiz. Ada juga beberapa jenis lemang yang turut dijual antaranya lemang pulut hitam dan lemang jagung beserta rendang ayam dan daging. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini