Lelaki warga India maut dipukul di kedai gunting rambut - Utusan Malaysia

Lelaki warga India maut dipukul di kedai gunting rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang lelaki warga India maut selepas dia dipercayai dipukul di kedai gunting rambut di Selasar Rokam 11, Pekan Razaki di sini awal pagi semalam. 

Mangsa, M. Thambusamy, 56, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada pukul 2.35 pagi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian mangsa pada pukul 9.10 pagi.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan di lokasi kejadian di sebuah kedai gunting rambut itu mendapati terdapat 15 kesan tompokan darah yang telah dilap di atas lantai, dinding dan sofa serta tempat tidur. 

“Kedai tersebut dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV) namun ia tidak beroperasi kerana mengalami kerosakan dan polis merampasnya bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mazuki, turut dirampas ialah sehelai baju dan sepasang kasut yang dipercayai milik suspek. 

“Berikutan itu, tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian itu. 

“Ketiga-tiga mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 15 Jun bagi membantu siasatan,” katanya. 

Menurutnya lagi, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan pada pukul 8.30 pagi esok. 

“Motif kejadian dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini