Lelaki terlibat samun diburu - Utusan Malaysia

Lelaki terlibat samun diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang suspek utama kes samun sebuah kedai kek di Villa Tropikana, Jalan Penampang Bypass, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, berdasarkan keterangan mangsa dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihaknya berjaya mendapatkan lakaran wajah suspek.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, suspek bersenjatakan sebilah parang bertindak agresif untuk menakutkan pekerja yang bertugas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek memakai topi keledar warna kuning mengambil mesin juruwang dan melarikan diri dengan menunggang motosikal.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera, mesin juruwang berharga RM3,000 dilarikan suspek mengandungi wang tunai RM300,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd Haris, pihaknya tidak menolak suspek terbabit turut terlibat dalam dua lagi kes samun yang dilaporkan di Bundusan dan Donggongon dekat sini berdasarkan modus operandi digunakan serta fizikalnya.

“Sehubungan itu, orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Mohamad Hafiz Yaacob di talian 013-4046617.

“Siasatan lanjut sedang berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata,” jelasnya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini