Lelaki maut tersepit dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki maut tersepit dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH – Seorang lelaki yang memandu Proton Pesona maut selepas keretanya bertembung dengan sebuah lori 5 tan di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pagoh Perdana, di pekan Pagoh di sini pukul 7.04 pagi tadi.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa, Harith Iskandar Mohd. Din, 32, beralamat di Sri Menanti, Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak, dekat sini tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dan BBP Bukit Gambir dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Izwani Abdul Hamid berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. Operasi tamat pada pukul 8.42 pagi.

“Kemalangan melibatkan kereta berkenaan dan sebuah lori yang tidak membawa muatan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, lori tersebut datang dari arah Pagoh menghala ke Muar manakala kereta itu pula dari arah bertentangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini