Lebih banyak Jawatan kosong kemahiran pertengahan, tinggi - Utusan Malaysia

Lebih banyak Jawatan kosong kemahiran pertengahan, tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia melihat lebih banyak jawatan kosong bagi kedudukan memerlukan kemahiran tinggi dan pertengahan dengan kekosongan untuk jawatan berkemahiran rendah memasuki tahun kedua rendah.

Menurut MIDF Research, purata kekosongan jawatan bagi kemahiran tinggi dan pertengahan meningkat dalam tempoh suku pertama 2019.

Katanya, purata jawatan kosong bagi pegawai kanan, profesional dan juruteknik berjumlah 800, 2,600 dan 3,300 masing-masing bagi suku itu dari 400, 1,800 dan 1,600 masing-masing pada tempoh yang sama tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatan kosong Malaysia akan terus dikuasai oleh kedudukan berkemahiran rendah. Pada Februari 2019, jumlah kekosongan pekerjaan asas dan pengendali jatuh kepada 82.7 peratus.

“Kami percaya penguasaan pekerjaan berkemahiran rendah secara beransur-ansur akan berkurangan dan pekerjaan berkemahiran tinggi akan meningkat susulan jangkaan prestasi eksport semula akan terus merudum kerana kesan asas yang lebih tinggi dan kelembapan dalam pasaran global terutamanya sektor elektrik dan elektronik (E&E),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini